02 March, 2010

Harga ikan nak naik.......


Berita hangat....harga ikan nak naik! Jika dilihat kebelakangan ini, banyak sangat harga hendak naik. Gaji macam tu je...tak naik tak turun.....takuk tu jugak. Apalah nak jadi dengan nasib pengguna-pengguna yang kurang berkemampuan sekarang ini? Ini kerana kebanyakkan ikan yang diimport merupakan sajian utama mereka seperti ikan kembung, selar, selayang, cencaru serta bawal gred rendah.....Alahai...."

Baru-baru ini, penggemar-penggemar ikan di Malaysia dikejutkan dengan berita hangat bahawa harga semua jenis ikan segar dijangka akan meningkat sehingga RM3 sekilogram jika pihak pengimport dan pemborong terus enggan membawa masuk ikan import.

Tinjauan dikalangan peniaga ikan di seluruh pelosok negara semalam mendapati ramai di kalangan mereka menjangka harga ikan akan naik disebabkan oleh bekalan ikan yang semakin berkurangan memandangkan bekalan ikan tempatan tidak mampu menampung permintaan semasa.

Nampaknya selepas ini, pengguna-pengguna terpaksalah makan makanan lain selain ikan sehinggalah pengimport dan pemborong bersetuju untuk membawa masuk ikan import.

Agaknya apa jalan penyelesaian yang dapat pihak kerajaan lakukan bagi memastikan perkara ini tidak akan berlanjutan sehingga menjejaskan kehidupan seharian?


01 March, 2010

Intipati Asam Jawa.....Kepala Biawak


Apa perasaan anda jika tengah-tengah bersemangat hendak menyediakan hidangan untuk suami dan anak-anak tersayang tiba-tiba bahan-bahan yang hendak dijadikan rencah masakan terkandung kepala binatang yang amat mengerikan?

Itulah yang dialami oleh seorang ibu muda yang mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya mengandungi kepala biawak. Dalam kejadian itu, ibu kepada dua anak itu, Nuraizun Razali 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas mengandungi objek keras dan kasar.

Dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia di ambil dalam bentuk ketulan seperti biasa. Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.
Agaknya.....
1. Apakah hukuman yang perlu dikenakan kepada syarikat-syarikat yang
tidak bertanggungjawab ini?
2.Apakah langkah-langkah untuk memastikan hak kita untuk mendapatkan
ganti rugi sebagai pengguna?

*sumber daripada Harian Metro

Cadangan FOMCA, Mudah dan Mesra Pengguna


Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan akan memperkenalkan sistem subsidi petrol baru menggunakan MyKad mulai Mei tahun ini bagi membolehkan kerajaan berjimat lebih RM 2 bilion perbelanjaan subsidi. Sistem yang masih dalam proses ini dijangka siap April 2010 untuk dilaksanakan di seluruh negara. Berikutan dengan pengumuman itu, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan satu cara bagi memastikan pengguna tidak perlu menghadapi mekanisme yang remeh temeh dan merumitkan bagi membeli petrol.

FOMCA mencadangkan kerajaan memperkenalkan sistem kuota kepada pemilik kenderaan bagi membeli petrol sebagai satu mekanisme penjimatan perbelanjaan subsidi petrol setiap tahun. Setiausaha Agungnya, Mohd Shaani Abdullah, berkata menerusi sistem itu kerajaan hanya perlu menetapkan jumlah petrol yang boleh dibeli oleh setiap pemilik kenderaan pada setiap bulan. Namun begitu kerajaan masih perlu meletakkan syarat bahawa hanya warganegara yang memiliki kenderaan dibenarkan membeli petrol subsidi dan setiap pembelian perlu ditunjukkan MyKad bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat.

Cadangan yang diutarakan oleh FOMCA begitu mudah dan mesra pengguna. Menerusi sistem kuota ini, kerajaan dapat mendidik rakyat dan pemilik kenderaan untuk menerima kemungkinan subsidi petrol akan dihapuskan pada masa depan.

Sebagai pengguna yang bijak, adakah anda bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak FOMCA? Sistem manakah bagi anda yang mudah dan mesra pengguna?

Renung-renungkan lah? Hanya anda sahaja yang mampu mengubahnya.........

* sumber daripada Berita Harian