Apa perasaan anda jika tengah-tengah bersemangat hendak menyediakan hidangan untuk suami dan anak-anak tersayang tiba-tiba bahan-bahan yang hendak dijadikan rencah masakan terkandung kepala binatang yang amat mengerikan?
Itulah yang dialami oleh seorang ibu muda yang mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya mengandungi kepala biawak. Dalam kejadian itu, ibu kepada dua anak itu, Nuraizun Razali 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas mengandungi objek keras dan kasar.
Dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia di ambil dalam bentuk ketulan seperti biasa. Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.
Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.
Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.
Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.
“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.
Agaknya.....
1. Apakah hukuman yang perlu dikenakan kepada syarikat-syarikat yang
tidak bertanggungjawab ini?
2.Apakah langkah-langkah untuk memastikan hak kita untuk mendapatkan
ganti rugi sebagai pengguna?
*sumber daripada Harian Metro
No comments:
Post a Comment