Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan akan memperkenalkan sistem subsidi petrol baru menggunakan MyKad mulai Mei tahun ini bagi membolehkan kerajaan berjimat lebih RM 2 bilion perbelanjaan subsidi. Sistem yang masih dalam proses ini dijangka siap April 2010 untuk dilaksanakan di seluruh negara. Berikutan dengan pengumuman itu, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan satu cara bagi memastikan pengguna tidak perlu menghadapi mekanisme yang remeh temeh dan merumitkan bagi membeli petrol.
FOMCA mencadangkan kerajaan memperkenalkan sistem kuota kepada pemilik kenderaan bagi membeli petrol sebagai satu mekanisme penjimatan perbelanjaan subsidi petrol setiap tahun. Setiausaha Agungnya, Mohd Shaani Abdullah, berkata menerusi sistem itu kerajaan hanya perlu menetapkan jumlah petrol yang boleh dibeli oleh setiap pemilik kenderaan pada setiap bulan. Namun begitu kerajaan masih perlu meletakkan syarat bahawa hanya warganegara yang memiliki kenderaan dibenarkan membeli petrol subsidi dan setiap pembelian perlu ditunjukkan MyKad bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat.
Cadangan yang diutarakan oleh FOMCA begitu mudah dan mesra pengguna. Menerusi sistem kuota ini, kerajaan dapat mendidik rakyat dan pemilik kenderaan untuk menerima kemungkinan subsidi petrol akan dihapuskan pada masa depan.
Sebagai pengguna yang bijak, adakah anda bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak FOMCA? Sistem manakah bagi anda yang mudah dan mesra pengguna?
Renung-renungkan lah? Hanya anda sahaja yang mampu mengubahnya.........
* sumber daripada Berita Harian
No comments:
Post a Comment